Kamis, 16 Mei 2013

ZINAH DAN HUKUMAN ZINAH


PENGERTIAN ZINA
Ialah persetubuhan (memasukan penis kedalam vagina) yang dilakukan oleh seorang lelaki
dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak 
(bukan pasangan suami isteri)
dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).



HUKUM ZINAH
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith
yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah
bahawa orang yangmelakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah
wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
Dalil Dari Al Quran:
 
2. perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya
mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah,
dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh
sekumpulan orang-orang yang beriman.
3. laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina,
atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini 
melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu
diharamkan atas oran-orang yang mukmin.


ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :


1. ZINA MUHSAN
   
 Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal
(sudah pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan
ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah
pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.


HUKUM ZINAH MUHSAN


Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan
wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu
yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan didalam 
kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :


”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka
had
(rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.

2. ZINA BUKAN MUHSAN


Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal
(belum pernah berkahwin).
Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas
tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu
boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut
syarat-syarat
yang dikehendaki oleh hukum syarak.


HUKUM ZINAH BUKAN MUHSAN


Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan
ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun
sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :


”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka
sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.


READ MORE; http://bluedolphine86.blogspot.com/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar